Wednesday, April 27, 2011

Kehebatan Al-Fatih Sultan Muhammad

Canang 1 dunia negara kita negara Islam..!

Yang baik dan alim mesti kena berserban, berjubah, berkopiah (tak termasuk bersongkok tinggi..)

Pantang diusik tentang Islam..mengamuk sakan lah. Buat demo besar-besaran kononnya membela agama sendiri..haih betul ke hangpa bela agama sendiri?

Sekular tu bila Islam dipisahkan dengan kehidupan harian. Kalau jadi benar-benar Islam tak boleh ke tadbir negara?tak boleh ke orang bertudung labuh ganti muka depan negara? ada ke negara Islam pentadbirannya dikuasai oleh orang yang jahil agama? tak maju ke zaman Nabi SAW, zaman Umar al-khattab? zaman Umar Abdul Aziz??

Nak cerita sikit tentang kehebatan negara Islam, yang pemerintahnya benar-benar Islam, rakyatnya benar-benar Islam, kehidupannya benar-benar Islam, tapi mampu mengegarkan dunia..!

Cuba teliti hadis Rasulullah SAW ni,

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" Hadis riwayat Imam Ahmad

Tahu apa tu Constantinople?? sekarang dikenali sebagai Istanbul..dulu Islam berlumba-lumba nak tawan kerajan Constantinople ni..disebabkan kemahsyurannya, dan juga ingin menyekat kekuasaan Rom yang jauh terpesong ini.
Kalau nak lagi jelas, ni lah kerajaan Rom/Byzantine yang amat sukar ditewaskan sejak 671-662bc sehinggalah pada 1453, ditewaskan oleh orang yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah SAW tu.

Tahu tak siapa pula yang dimaksudkan dengan hadis Rasulullah SAW tu?? Selepas hampir 800 tahun Rasulullah bersabda, muncullah Sultan Muhammad Al-Fatih atau dikenali barat sebagai Mehmed II


Kerajaan Constantinople ni memang sangat kuat. Dengan kubu sekeliling yang berlapis-lapis. Kekuatan tentera Rom ni amat digeruni pada suatu ketika dulu. Dikelilingi lagi dengan laut. Patut jugalah beribu tahun kerajaan Rom ni sukar ditewaskan.

Wall Constantinople yang berlapis-lapis

Peta Constantinople dengan jalan yang dilalui kapal Al-Fatih


Kubu Constatinople 

Tapi janji Allah itu pasti. Bila datangnya suatu zaman dimana RAJAnya baik, RAKYATnya baik, TENTERAnya baik, maka jatuhlah Constantinople.

Secara ringkas kehidupan Sultan Muhammad al-fatih, baginda dilahirkan pada tahun 1432. Pada umur 19 tahun baginda telah menjadi Raja dan pada 1453, ketika baginda berumur 21 tahun, baginda telah menawan Constantinople, empayar Rom terkuat.

Secara ringkas peribadinya pula, baginda seorang yang tawadduk, tenang, sabar, berani, tegas dan sangat cintakan ulama dan selalu mengambil pandangan ulama dalam pemerintahan baginda.

Semasa menawan Constantinople, baginda telah membawa 150,000 tentera yang sangat baik, ulama dibawa untuk membakar semangat jihad. Sebaik tiba di kubu Constantinople, azan dilaungkan dan baginda mengimami solat jemaah dengan 150,000 tentera dibelakangnya.

Baginda hanya mengambil masa 2 tahun saja untuk mengkaji kelemahan Kota Constantinople yang kebal selama beribu tahun.

Walaupun dihalang laluan kapal perangnya di laut, baginda telah mengarahkan kapal perangnya diangkut melalui gunung untuk menembusi jalan belakang kota itu. Subhanallah..sangat hebat.

Kapal-kapal perang Al-Fatih yang melalui gunung

Dengan janji Allah, jatuhlah Kota Constantinople yang sangat kuat ditangan seorang pemimpin Islam yang sangat baik, dengan rakyatnya yang sangat baik.

Al-Fatih memasuki Constatinople


Begitulah karisma, kekuatan sesebuah negara itu apabila Islam diamalkan dengan sepenuhnya.

Baginda dengan segera menukar nama Constantinople dengan nama Islambol (Islam keseluruhan) tetapi disebut oleh barat sebagai Istanbul.

Sejak penawanan ini, baginda dikenali dengan gelaran Al-Fatih (yang menang). Baginda telah mengarahkan untuk membina masjid pertama di Istanbul iaitu Masjid Fatih sempena nama baginda.

Masjid Fatih di Istanbul

Begitulah peristiwa penaklukan Constantinople secara ringkas. Apa yang nak diangkat dari cerita ni ialah betapa hebatnya apabila Islam itu diamalkan sepenuhnya dari pentadbiran hingga ke rakyatnya. Islam itu sungguh indah, merangkumi semua aspek. Bukannya perlu diasingkan Islam dengan politik. 
Malah Islam itulah politik yang sebenar. Tapi negara kita sekarang, Islam hanya ada pada solat Jumaat dan Hari Raya, Islam dianggap mundur, miskin dan ketinggalan zaman.

Siapa sebenarnya yang buat Islam dianggap sebegitu rupa? Segalanya bermula dari pemerintah. Jika pemerintah pun sama jahil Islam, jangan hairan jika rakyatnya pun sama. Contohilah Al-fatih Sultan Muhammad..!! Angkatlah Islam gah seperti yang sepatutnya..!

ps: Lihatlah video ringkas kejatuhan Constantinople ini. Semoga timbul rasa bangga anda sebagai orang Islam. Bukan Islam itu hanya ada pada nama..Allahu Akbar..!


Saturday, January 8, 2011

Mengkaki..??

gambar hiasan..

Trend mengkaki atau lebih dikenali dengan nama glamor legging bersepah2 di sana sini
Maksud mengkaki ni ialah pakai seluar tapi nampak kaki..kan?<--hentam je..;p

Atas dah tutup cantik je aurat tu tapi bawah..??

Jom selit hadis sikit..

Sabda Rasulullah
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

Tutup aurat biarlah sempurna..

Jangan rosakkan imej Islam..;)



ps: ni baru mengkaki...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kaki pun pandai mencarut..aish