Saturday, March 6, 2010

GERRYMANDERING (persempadanan semula)

Gerrymandering bermaksud persempadanan semula kwsn pilihan raya yg dibentuk secara luar biasa secara umumnya digunakan oleh sesuatu parti yg ingin berkuasa dgn menentukan zon pengundi yg dirasakan dpt memberi kemenangan kpd mereka.

Mengikut perlembagaan Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh membuat persempadanan semula setiap 8 tahun sekali dgn kali terakhirnya pada tahun 2003 iaitu setahun sebelum PR 2004.

Gerrymandering ini boleh diterangkan dgn gmbr rajah di bawah;



Rajah ini boleh dijadikan contoh Gerrymandering berlaku di dlm 1 negeri.

Keterangan 'top left': Parti Ungu(U) menang 1 zon bandar,manakala Parti Hijau(H) menang 3 zon pinggir bandar. Keputusan ini menunjukkan Parti H menang majoriti di seluruh negeri.

Keterangan 'top right': Dgn persempadanan semula zon negeri, wujud keadaan seri diantara 2 parti iaitu Parti U menguasai 2 zon bandar, manakala Parti H menguasai 2 zon luar bandar.

Keterangan 'bottom left': Dgn mencipta 4 zon bercampur, boleh menyebabkan kemenangan 4-0 pada Parti H.

Keterangan 'bottom right': Tapi dgn teknik tertentu juga boleh menyebabkan kemenangan pada Parti U yg pd asalnya Parti minoriti negeri itu dgn kemenangan 3-1.

Berbalik pada keadaan negara Malaysia, kali terakhir persempadanan semula ialah pd thn 2003 utk PR 2004. Hendaklah ditegaskan, Gerrymandering sememangnya berpihak atau dikuasai oleh parti yg memerintah. Kebiasaannya, parti yg memerintah di Malaysia ini akan menang besar setelah dibuat Gerrymandering.

Sbg contoh, Parti BN pd tahun 1999 kalah teruk dgn Parti Pembangkang. Tp pd thn 2004, Parti BN dpt menguasai kembali negeri yg jatuh dgn teknik Gerrymandering. Pd thn 2008 pula, Parti BN kembali kalah teruk. Tp mungkin dgn persempadanan semula dan pembelian wakil rakyat Parti Pembangkang yg giat pd waktu ini,kemungkinan kemenangan parti memerintah dpt dijangka.

Secara kesimpulannya, walaupun rakyat Malaysia bebas drpd bentuk ugutan semasa proses pengundian, terdapat 1 lagi bentuk halus yg dimanipulasi oleh parti memerintah iaitu Gerrymandering, teknik yg kurang adil terhadap parti pembangkang.

sumber rujukan:

http://aceproject.org/ace-en/topics/bd/bdy/bdy_my